Sunat dibacakan doa semasa
melawat org sakit. yang bermaksud:
“Ya
Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah,
Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua,
sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat
at-Tirmizi)
Kelebihan melawat orang sakit
Bersabda Nabi s yang
bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Insyaallah, moga-moga kita rajin menziarahi orang sakit dan mendoakkannya. Mungkin hari ini hari dia, dan esuk atau lusa..hari kita.










































