Balik Kampung 5 : Selamat tinggal .....

Masa untuk balik semula ke Kedah.  Sedih hati nak tinggal.  Tapi adat bertemu, pasti berpisah.  Nanti kita jumpa lagi.  Insya Allah....ada umur, diberi kesihatan yang baik...kita pasti akan bertemu lagi.  

Balik kali ini menghala ke Genting pula.  Sebab telah diberi pesanan oleh org Cameron, jangan balik ikut Cameron sebab time cuti dan raya cina.  Takut jem.  

Alhamdulillah....perjalanan Selatan Utara...jalan tak berapa jem.  Tapi Utara Selatan, memang que.  Bersusun kereta atas jalan.  Ramai org Utara yang merantau ke luar rupanya.  Berhenti rehat di RnR Tapah.  Memang penuh, tiada tempat parking.  Akhirnya balik tanpa boleh makan pun disebabkan terlalu ramai.  




Pekan Sehari Damak

Kalau di Kedah, pekan sehari nih dipanggil Nat.   Sama jaa macam pasar petang di Changlun.  Cuma sayuran yang dijual tu semuanya hasil tanaman masing-masing.  Banyak sayur, buah dan makanan yang tak pernah aku tenguk, dapat tenguk di Pekan Sari Damak.

Teringat mak....bila datang ke Pekan Sari.  Mak dulu suka cari cili padi, jeruk maman, dan entah apa2 lagi....yang tak reti nak sebut. 




Tayar Pancit

Hari ke 3 di kampung.

Dalam perjalanan dari Padang Piol ke Kg. Baru, tiba-tiba terdengar bunyi kuat.  Bunyi macam batu jatuh atas bumbung.  Berhenti tepi jalan, hubby keluar tenguk.  Tiada apa2 pun yang berlaku.

Masuk kereta, kami dua tertanya2.  Apa dia?? Nak kata batu, tak ada selisih lori pun.  Hati dub dab jugak. Tapi dah tak ada apa, biar ja laa.

Sampai di bandar jerantut, nampak ada kereta bagi isyarat lampu.  Hubby ingatkan salah masuk lorong.  Buat tak tau jer laa.  

Aku teringin nak tenguk baju kat kedai sementara hubby nak basuh kereta.  Tengah sibuk menenguk baju, dengar sora hubby panggil.   Sampai kat kereta, hubby tunjuk tayar.  uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...tayar pancit.

Rupanya bunyi tadi tu...tayar meletup laa kot.  Nasib laa hubby jenis bawak kereta slow.  Kalau laa laju, entah laa.....Alhamdulillah.



Terpaksa laa kami bawak keluar barang2 dari bonet kereta.  Nak tukar tayar spare.  Hubby kata...dah laa esuk raya cina, ada kaa kedai yang buka nih?  Gamble jer laa dulu....Sian hubby tengah panas.  Aku ambil payung supaya dia tak panas.  Dah hubby cakap.....eee cam kiah pekasam laa pulak...mama nih ngan payung..ngan beg tangan..... hahahah org nak buat baik ngan dia.  Cakap kita cam Kiah Pekasam.  


Lepas tukar tayar.  Kami cari kedai tayar.  Alhamdulillah...ada kedai yang masih buka.  Rupanya tokey tu kata...depa buka halfday ja hari nih.   Tukar tayar baru laa pulak.  Melayang duit......


Akhirnya bertayar baru.....

Balik Kampung 4: Kenduri



Selalunya time kenduri laa boleh jumpa semua sedara mara serentak.  Tak perlu nak atur rumah ke rumah untuk jumpa.  Kekadang hari raya pun belum tentu berkesempatan nak jumpa semua.  Ya laa..semua ada giliran bila raya..

Sedih dengar cerita Enja (Pakchu) pasal kematian makchu.  Sabar laa pakchu.  Moga roh makchu dirahmati Allah dan dia tenang di sana.  

Gambar di hari kenduri rumah Abg Mat Jengka 24.




Balik kali nih berpeluang tidor rumah Kak An di Jengka 21.  Dapat pergi rumah Da di Temerloh.   Yang gembira sebab dapat berhimpun ramai2.


Balik Kampung 3 : Kuala Lipis - Jerantut


Jam 5 petang, kami sampai di Bandar Jerantut.  Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini bila sampai di bandar Jerantut.  Rasa cam ternampak2 kawasan yang aku dan mak selalu pergi terutama Pasar Besar Jerantut.  

Sampai jaa perut dah kelaparan.  Ya laa...mana ada berhenti makan di mana-mana pun.  Dah kawasan semua kawasan perkampungan, org berniaga makan pun tiada.  Tahan jer laa lapar tu.  

Sedihnya...di mana saja ..tetap kedai makanan thailand.  Ingatkan keluar dari Kedah, dapat laa makan makanan org melayu.  Tapi makanan thai jugak.  Kerana lapar, makan juga la.   Seperti biasa...sup tulang, telur mata......

Jalan Kuala Lipis - Jerantut

Jalan dah mula bengkang bengkok.  

Masuk ja area Kuala Lipis - Jerantut, jalan dah mula bengkang bengkok.  Hubby kata...telinga dah bengang n mata dah berbinau.  Ajak dia berhenti sekejab, dia kata ok jer.  No hal.  Dah laa perut lapar.  

Dah masuk ke kawasan Jerantut.  Tinggi bukit nih.  

Sampai sini, kami hampir terbabas.  Dah laa bukit, lepas tu terus bengkang bengkok.  Hubby tak sempat nak control kereta.  Alhamdulillah, tak ada apa2.  Cuma terkejut jugak.  Orang pahang bawa kereta memang laju, tak kira jalan macam nih pun.  Kami pulak yang rasa takut bila terserempak ngan kereta depa.  Cam tak ada apa jaa..jalan bengkang bengkok bagi depa. 

Dah nampak2 kampung ku.....

Akhirnya sampai ke bandar Jerantut....Uptown bebbb

Ajak hubby masuk Uptown.  Hubby kata....alahai...kalau cam tu...kat Changlun pun ada Uptown. hahahahahah.  Sungguh gak...cmart lagi besar n banyak gerai.  huhuhuhu.   So memang tak singgah pun.  Ambil gambar dari jauh ja.  



Balai Polis Jerantut.....


Balik Kampung 2 : Cameron - Sg Koyan


Jam 2.30 petang, mulai turun dari Cameron.  Walau pun berpandukan GPS, tapi hati tetap tak rasa yakin.  Dah laa tenguk papan tanda, ada yang tunjuk ke Tapah dan sebagainya.  Buatnya sampai ke Tapah, mau penat dan mengamuk driver.  Ya laa pemandu pelancung yang tak boleh dipercayai.

Mulai turun dari Cameron

Jalan memang tip top.  

Pemandangan memang cantik.  Tenang dan damai

Rumah orang asli...dah moden.  Cam Kampung Tradisi lak

Akhirnya sampai ke Sg. Koyan.  Dapat la tenguk rumah Chef Wan

Ikut jalan Cameron - Sg Koyan, memang dekat dibandingkan ikut Genting.  Cuma bahayanya, kalau kereta buat hal.  Memang tak ada orang langsung dan kereta pun memang jarang2.  Tempat makan memang tiada langsung.  Kesimpulannya memang kena bawak bekal.  Kereta memang kena tip top.  Waktu malam dinasihat jangan laa lalu.  

Laluan nih memang menjimatkan masa dan wang.  Tol tak perlu.  Minyak pun macam jimat (hubby la kata). Pemandangan pun tidak menjemukan.  Memang menarik.  Sejuk jer....dan tenang tenguk kampung org. 

Rasanya next time, boleh lalu lagi jalan nih.  


Balik Kampung 1 : Simpang Pulai - Cameron


Jam 7.00 pagi, aku dan suami keluar dari rumah mak di Penang.  Perasaan masa tu, memang rasa seronok sangat.  Seronok sebab dapat balik kampung, n seronok sebab dapat jalan2.  Hubby pun aku tenguk happy ja.  Ya laa ...sekali sekala keluar berjalan jauh.  

Akhirnya keputusan dibuat, kami akan melalui Cameron Highland.  So aku pun apa lagi, on ja GPS (Aura). Cari Simpang Pulai.  Nak tau jarak dan tempoh masa dari Penang ke Simpang Pulai.  Tak laa jauh mana...dalam 1 jam 45 minit.  

Kami berhenti minum pagi di Seberang Perak.  Hubby lak sakit perut.  Memulas.  So kami relax lama jugak di situ, sambil tunggu perut hubby ok.  Telan Pil chi kit tek un laa jugak....

Lebih kurang jam 10 pagi, kami sampai di Plaza Tol Simpang Pulai.  Rasa dekat sangat.  Ya laa kalau ikut Genting, rasa nya separuh perjalanan baru nak sampai simpang ke Genting tu.

Perjalanan naik ke Cameron memang relax.   Pemandangan dah tentu cantik.  Sejuk dah terasa.   Jalan raya pun cantik.  








Sampai di puncak Cameron lebih kurang kol 12 tghari.  Hubby dah plan nak main golf dulu di Kelab Golf Cameron.   Aku ikut jaa.  Pkir jugak, sian dia penat drive sorang2.  At least, memenuhi hobi dia tu, boleh buat hubby happy, apa salah nya.  Terasa jenuh jugak nak sampai puncak Cameron.  

Orang tak ramai lagi.  Masih bukan dalam musim cuti.  Risau jugak awal tu takut jem.  






Masa kami sampai, hujan renyai2.  Memang sejuk.  Aku tak tau nak lari ke mana.  Semua tempat sejuk.  Berdiri tengah ruang, pun sejuk.  Aku tegur staf yang pakai skirt pendek...'Adik, tak sejuk ker?'.   Dia jawab...'dah biasa kak.' huhuhuhu

Jam 2.30 kami turun dari Cameron.  


Bawa MIL ambil RM500.....

Semalam bawak MIL ambil duit RM500 BR1M di Dewan Sri Melati, Kangar, Perlis.  Terima kasih atas pemberian.  Jasamu dikenang.....







Doa orang yang dimakbulkan....


Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Ada tiga golongan yang doa mereka diterima Allah bersandarkan kepada hadis Qudsi disampaikan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang berpuasa; kedua, doa pemerintah adil; dan ketiga, doa orang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi jika mereka itu orang yang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.
Mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak akan terlepas begitu saja.


Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya.” (Surah Fussilat, ayat 46)


Sulit jadi wanita cantik??

Jadi wanita cantik kadang2 sulit. 

Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita.  

Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya.
-- jika dikaji ada kebenarannya.   Wanita yang dilahirkan kurang cantik, tidak perlu susah hati untuk mengekalkan kecantikkan luaran.   Hanya kekalkan kecantikan dalaman yang menjadi idaman kekasihnya.  
 

Duit Baru 2012

Dah dapat duit baru? Hmm bila ya kita boleh guna duit syiling dan kertas baru.  Tak nampak di

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


 Dan juga duit kertas baru di tahun 2012...



-- nanti jangan terkejut pulak bila dapat duit syiling macam2 jenis macam nih.  Aku baru tau jaa nih....nasib tak terkejut...
by Nia Iressa. Powered by Blogger.
Nia Iressa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis