Aku suka baca novel nih. Suka cover dia. Suka grafik dia. Cita dia lagi laa aku suka.
SINOPSIS :
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan
indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya
perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan
dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami
isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak
yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang
diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih
lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar
Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada
pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat
'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa
menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan
menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula
menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri
:"Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara,
yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang
lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku
memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang
pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga
lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya
dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif; " Rasa cinta padamu
tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang
kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya
Judul : Usai aku terima nikahnya
Penulis : Umie Nadzimah
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM19
Sabah / Sarawak : RM22