Hari Sabtu 4hb Februari 2011, rasa boring di rumah. Syamim pun dah bising, tak ke mana cuti nih. Dia pun dah sibuk ajak keluar. Hubby seperti biasa...golf. Aku pun bosan gak terpikir nak tunggu dia di kelab golf. Tapi dah syamim ajak keluar, so aku terpikir...boleh jugak pergi Taman Ular Perlis sementara tunggu hubby main golf. Tapi idea tu sendiri saja dulu, tak nak bgtau amin lagi. Takut nanti tak jadi, bising lak anak teruna tu.
Akhirnya aktiviti petang itu, melawat Taman Ular Perlis.
Sebenarnya banyak lagi jenis ular yang ada. Tapi tiada keberanian sangat nak tenguk dan ambil gambar. Ini pun sebenaqnya ambil zoom...bukan berani nak p dekat pun. Geli n seriau tenguk.
Kesian jugak tenguk anak tikus putih yang jadi mangsa makanan ular2 tu. Berkeliaran melarikan diri.

Bukan ular saja yang ada, tapi banyak lagi binatang lain yang boleh didapati di sini. Enjoy jugak dan yang paling best sebab boleh naik buai. hahahahahaha.....Dah lama tak main buai, bila dapat, budak2 pulak yang heran tenguk 'makcik' nih naik buai. huhuhuhu.....