4 Feb 2012 - Taman Ular Perlis

Hari Sabtu 4hb Februari 2011,  rasa boring di rumah.  Syamim pun dah bising, tak ke mana cuti nih.  Dia pun dah sibuk ajak keluar.  Hubby seperti biasa...golf.  Aku pun bosan gak terpikir nak tunggu dia di kelab golf.  Tapi dah syamim ajak keluar, so aku terpikir...boleh jugak pergi Taman Ular Perlis sementara tunggu hubby main golf.  Tapi idea tu sendiri saja dulu, tak nak bgtau amin lagi.  Takut nanti tak jadi, bising lak anak teruna tu.

Akhirnya aktiviti petang itu, melawat Taman Ular Perlis.  

Sebenarnya banyak lagi jenis ular yang ada.  Tapi tiada keberanian sangat nak tenguk dan ambil gambar.  Ini pun sebenaqnya ambil zoom...bukan berani nak p dekat pun.  Geli n seriau tenguk.

Kesian jugak tenguk anak tikus putih yang jadi mangsa makanan ular2 tu.  Berkeliaran melarikan diri.  





















Bukan ular saja yang ada, tapi banyak lagi binatang lain yang boleh didapati di sini.  Enjoy jugak dan yang paling best sebab boleh naik buai.  hahahahahaha.....Dah lama tak main buai, bila dapat, budak2 pulak yang heran tenguk 'makcik' nih naik buai.   huhuhuhu.....


Akif dan keretanya


Akif dengan keretanya di kawasan Timah Tasoh.  :) 


Akif dengar lagu....


Lama tak jumpa cucu.  Malam tadi dia datang rumah ngan ibunya.  Terima kasih Aty bawa akif.  

Dah pandai cakap banyak.  Semua dia nak cakap.  Seperti biasa, sibuk dengan komputer.  Mula nak dengar lagu, lepas tu nak tenguk upin ipin.  Jerit upinnnnnn.  Sampai gelak mengekek2 tenguk cerita Upin Ipin. 

Hilang letih dapat jumpa Akif.  Muaaaahhhhhh.....sayang akif mama.



English class : Lost my temper




Here is your English tip for today.

A great idiom...
If you LOSE YOUR TEMPER, you suddenly show strong anger.
Examples:
A car almost hit my car. I LOST MY TEMPER and shouted at the driver.
The boy was very naughty. His mother suddenly LOST HER TEMPER and hit him.
Customers sometimes LOSE THEIR TEMPER when the service is slow.
My father is not a patient man. He LOSES HIS TEMPER easily.



Balik Kampung 5 : Selamat tinggal .....

Masa untuk balik semula ke Kedah.  Sedih hati nak tinggal.  Tapi adat bertemu, pasti berpisah.  Nanti kita jumpa lagi.  Insya Allah....ada umur, diberi kesihatan yang baik...kita pasti akan bertemu lagi.  

Balik kali ini menghala ke Genting pula.  Sebab telah diberi pesanan oleh org Cameron, jangan balik ikut Cameron sebab time cuti dan raya cina.  Takut jem.  

Alhamdulillah....perjalanan Selatan Utara...jalan tak berapa jem.  Tapi Utara Selatan, memang que.  Bersusun kereta atas jalan.  Ramai org Utara yang merantau ke luar rupanya.  Berhenti rehat di RnR Tapah.  Memang penuh, tiada tempat parking.  Akhirnya balik tanpa boleh makan pun disebabkan terlalu ramai.  




Pekan Sehari Damak

Kalau di Kedah, pekan sehari nih dipanggil Nat.   Sama jaa macam pasar petang di Changlun.  Cuma sayuran yang dijual tu semuanya hasil tanaman masing-masing.  Banyak sayur, buah dan makanan yang tak pernah aku tenguk, dapat tenguk di Pekan Sari Damak.

Teringat mak....bila datang ke Pekan Sari.  Mak dulu suka cari cili padi, jeruk maman, dan entah apa2 lagi....yang tak reti nak sebut. 




Tayar Pancit

Hari ke 3 di kampung.

Dalam perjalanan dari Padang Piol ke Kg. Baru, tiba-tiba terdengar bunyi kuat.  Bunyi macam batu jatuh atas bumbung.  Berhenti tepi jalan, hubby keluar tenguk.  Tiada apa2 pun yang berlaku.

Masuk kereta, kami dua tertanya2.  Apa dia?? Nak kata batu, tak ada selisih lori pun.  Hati dub dab jugak. Tapi dah tak ada apa, biar ja laa.

Sampai di bandar jerantut, nampak ada kereta bagi isyarat lampu.  Hubby ingatkan salah masuk lorong.  Buat tak tau jer laa.  

Aku teringin nak tenguk baju kat kedai sementara hubby nak basuh kereta.  Tengah sibuk menenguk baju, dengar sora hubby panggil.   Sampai kat kereta, hubby tunjuk tayar.  uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...tayar pancit.

Rupanya bunyi tadi tu...tayar meletup laa kot.  Nasib laa hubby jenis bawak kereta slow.  Kalau laa laju, entah laa.....Alhamdulillah.



Terpaksa laa kami bawak keluar barang2 dari bonet kereta.  Nak tukar tayar spare.  Hubby kata...dah laa esuk raya cina, ada kaa kedai yang buka nih?  Gamble jer laa dulu....Sian hubby tengah panas.  Aku ambil payung supaya dia tak panas.  Dah hubby cakap.....eee cam kiah pekasam laa pulak...mama nih ngan payung..ngan beg tangan..... hahahah org nak buat baik ngan dia.  Cakap kita cam Kiah Pekasam.  


Lepas tukar tayar.  Kami cari kedai tayar.  Alhamdulillah...ada kedai yang masih buka.  Rupanya tokey tu kata...depa buka halfday ja hari nih.   Tukar tayar baru laa pulak.  Melayang duit......


Akhirnya bertayar baru.....

by Nia Iressa. Powered by Blogger.
Nia Iressa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis