sumber: http://akuanakpahang.blogspot.com
Pelancaran Tahan Street dan Up Town Jerantut telah dirasmikan pada 28
Januari 2011, jam 8.30 malam bertempat di Jalan Tahan, Bandar Baru
Jerantut. Sempena Pelancaran Tahan Street & Up Town Jerantut pada 28
Januari 2011 (Jumaat). Jalan yang terlibat adalah Jalan Tahan, Bandar
Baru Jerantut bermula Kedai Sen Heng Electric hingga ke Stesen Minyak
BHP bermula jam 1.00 tengah hari sehingga 12.00 malam.
Perniagaan 'UP TOWN' ini telah dibuka mulai 28 Januari 2011.
Waktu perniagaan: setiap hari, jam 7.00 petang hingga 12.00 tengah
malam. Lokasi dan tapak perniagaan : Sekitar Bangunan Kedai PKNP, Bandar
Baru Jerantut (Belakang Arked MARA) Berhampiran dengan Stesen Keretapi
Jerantut. Pastinya Bandar ini lebih ceria dengan adanya suasana
perniagaan seperti ini. Terima kasih diatas kerjasama pihak PBT
Jerantut.




0 comments:
Post a Comment