Ikan Patin Masak Asam Pedas Tempoyak.
Singgang ikan tongkol (ikan aye)
Masak Pindang Ikan Temenung
Terliur aku tenguk masakan kat atas. Semua tu adalah masakan kegemaran mak aku dan menjadi kegemaran aku. Now...menjadi kegemaran my hubby. Aku tak pasti adakah ini masakan orang Pahang (yang pasti ikan patin masak tempoyak tu memang laa....).....
Bila dekat nak balik kampung (Jerantut, Pahang), rindu pada kampung terasa sangat. Terasa macam nak balik jumpa mak ja.. Perasaan nih hanya yang pernah melalui sahaja yang tahu. Bila kita kehilangan org yang kita sayang, dan kita hendak balik ke tempat orang yang kita sayang tu, kita rasa macam kita balik hendak jumpa dia. Jejak rumah dia dilahirkan.. dan juga rumah aku dilahirkan.
Terasa lambat masa berlalu......
Jum kita tenguk macam mana loghat Jerantut. Kita selalu dengar di mana-mana saja, loghat orang Kelantan dan Terengganu. Tapi orang jarang dapat dengar loghat Pahang. Kenyataannya....aku sendiri pun tak tahu guna loghat nih sebab aku dibesarkan di sebelah Utara. Kalau kecik2 dulu, mau bisu kalau balik Pahang. Cam ayam ngan itik ja bercakap. Masa tu, mak laa jadi tukang terjemah.
LOGHAT DAERAH JERANTUT
Ini aku ambil dari blog lain....
"Satu hari saya sempat ke jerantut......
Diantara keindahan daerah Jerantut ialah loghat bahasanya yang menggabungkan pengaruh Pahang sendiri dan juga sedikit pengaruh Kelantan, selain daripada bahasa Melayu standard. Berbicara dengan orang Jerantut akan membolehkan kita mendengar perkataan-perkataan yang tidak diungkapkan oleh penduduk Pahang yang lain."
Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12648.0
Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kampung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami.
Berikut merupakan contoh loghat daerah Jerantut
PERKATAAN = MAKNANYA
Kash / Kaweh = Saya / aku
Awok / Di = Awak
Pedo'oh / Bobok = Tipu / Bohong
Pepalih = Terlebih / terlalu
Habat = Pengotor
Mat nya = Kenapa nya
Kek nya = Tetapi
Berambi = Senonoh / berhati-hati
Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
Kerayai = Takut / cemas / bimbang
Rodong = Kawan / teman
Linyar = Permukaan yang licin
Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
Meretoh = Tidur
Gampang = Kata makian / kata cacian
Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong / tipu
Pandir = cerdik sungguh
Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
sopannya = Ditujukan kepada perempuan yang gatal
Mantol = Pening-pening
Pepoh = Pukul,hentam
Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga "biarkan"
mentekedaghoh = makan
deme = korang
sapai = habis
hamlor = riang
ghobe = terlalu/teruk
nyonyeh = basah lenjut
lodek = lumpur
konyo = riak wajah
lantak = biar
lopok = bekas untuk menyimpan sesuatu cth. lopok pensil
wokme = korang





0 comments:
Post a Comment