Kadang-kadang kita terlalu ambil mudah sesuatu perkara. Kita tak tahu, itu adalah yang terakhir. Ya laa..kalau kita tahu, mudah laa kerja kita. Sebab tu orang-orang tua selalu berkata....bila dah tiada di depan mata, baru kita sedar kehilangan dia. Tapi semua sudah terlambat.
Mari sama-sama kita hayati dan insafi cerita di bawah. Sayangi laa insan selagi dia berada di sisi kita. Berilah khidmat sebagai isteri selagi mampu. Moga kita mendapat rahmat Allah. Amin.....
Mari sama-sama kita hayati dan insafi cerita di bawah. Sayangi laa insan selagi dia berada di sisi kita. Berilah khidmat sebagai isteri selagi mampu. Moga kita mendapat rahmat Allah. Amin.....
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun
ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa
bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan
rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian,
tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan
dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu
menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan
saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami
dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya
dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang
kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan
Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang
menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana
banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa
pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya
sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid
berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk
pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi
dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang
itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti
itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat.
Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya
tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang
hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren
kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga
berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok
bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria
melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan
danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa
bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam
tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan
dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang
keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan
lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya
hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi
saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya
berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya
memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya.
Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya,
seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan
melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum
mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu
permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan
perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus
melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan
tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang
tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya
dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang
mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang
segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital
tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan
saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi
perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya
kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan
yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam
itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama,
‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak
isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka
malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga
dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan
mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya
diampunkan kesalahan saya.”
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..
sumber: http://wootmedia.my


0 comments:
Post a Comment