Semangat nak balik kampung......

Selagi tak balik, selagi tu laa aku dok mencari panduan jalan ke Jerantut.  Hubby nak try jalan baru ikut Cameron Highland.  Ramai yang cakap, jalan dah cantik, dah elok.  Aku pulak, risau nak lalu sebab dok terbayang jalan Pahang yang bengkang bengkok.  Tanya pada yang selalu balik, katanya laluan cantik, tepi sungai.  So cari punya cari, dapat laa yang nih.  Rasanya ok kot. 



DARI UTARA MELALUI SIMPANG PULAI KE CAMERON HIGHLAND


Laluan ini untuk pengunjung dari utara, susur keluar di Tol Simpang Pulai. Laluan lebih baik dari laluan Tapah dengan jalan yang cantik, tidak begitu bengkang bengkok. Anda akan lihat papan tanda Kg Raja sepanjang perjalanan dan jangan takut sebab Kg Raja tu Cameron Highlands la!. Hanya mengambil masa 45 minit untuk ke Kg Raja dan ingat bila sampai simpang ke Kampung Raja tu sila belok kanan, kalau terus anda akan ke Gua Musang. Selepas itu teruskan perjalanan untuk ke Tanah Rata. Sesiapa yang biasa jalan pada waktu malam akan menikmati pemandangan menarik sepanjang perjalanan. Semua kebun yang menanam bunga akan menyalakan lampu dikebun mereka dan menjadikan kiri kanan anda amat cerah. Tanah Rata hanya 25 km dari Kg Raja.

Gambar jalan baru yang diambil dari blog sebelah.  







Nanti semasa aku lalu jalan nih semua, InsyaAllah aku akan ambik gambar.  

Kalau tak jadi balik, huhuhuhu punah harapan ku.  Semoga....tercapai laa impian tahun 2012 nih nak balik kampung.   Cam jauh jer Kedah ngan Pahang tu.  Orang lain ulang alik, no hal pun.  



0 comments:

Post a Comment

by Nia Iressa. Powered by Blogger.
Nia Iressa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis