Ok lah, tak patut aku buat cam tu. Aku dibesarkan, disekolahkan, dikahwinkan dan beranak pinak pun di Pulau Pinang. So aku patut bangga, menjadi anak Penang jugak. Sebabnya...mak orang Pahang dan abah org Penang. Konon-konon cam mix laaa.....ye tak? hehehehe .....
Di Penang nih, merata tempat dah aku duk mengikut abah yang kerja polis. Orang selalunya anak polis, pindah merata negeri. Tapi aku hanya pindah merata daerah di Penang tu sahaja. Senang...tapi penat jugak. Mungkin abah sayang nak tinggal negeri dia kot.
So tempat mula yang aku ingat, kami stay di Hutching Street. Rumah kedai...cam rumah p.ramlee dalam cita Masam masam manis. Awat hang dok jolok jolok....cita tu laaa... Sebijik cam bilik tu laa. Nasibla aku hanya sorang anak mak abah aku. So tak laa sesak duk dalam bilik tu.
Cam nih rumah yang kami duduk dulu. Rumah kami di tingkat atas
Kenangan tinggal kat umah nih, kalau ada tarian naga, boleh jengah kot tingkap tu jaa. Sebab tingkap tu mengadap main road. Nak tenguk wayang, jalan kaki jer ke Penang Road. Nak ke jeti pun, jalan kaki ja.
Masa tinggal di sini, umur aku baru 4 - 5 tahun jer. Tapi ingatan aku masih kuat...kenangan terindah rasanya. Jiran semua cina, kawan semua cina. Tuan rumah nih pun cina convert. Dia buka kedai runcit di sebelah bawah.




0 comments:
Post a Comment