Tahukah kita : Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah

Petang kelmarin masa atas kereta nak ke kelab golf, hubby suruh aku buka Galaxy Tab.  Surf pasal Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah.  Iskh...apa benda laa tu.  Aku nih lemah sikit bab cam tu.  


Aku : 'Awat abang?'
Hubby : 'Cari jer laaa...kita kena tau benda cam tu.'

Aku pun search laa kat Pakcik Google.  So ini lah yang aku jumpa.......


sumber: http://jawionline.blogspot.com

Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah


Sunat Ab'ad ialah perkara-perkara sunat yang dilakukan 
semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, disunatkan 
melakukan sujud sahwi sebagai ganti. 


Perkara-perkara Sunat Ab'ad adalah seperti berikut:

1) Tahiyyat Awal
2) Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
3) Duduk tahiyyat
4) Doa Qunut
5) Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
6) Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) 
semasa bacaan tahiyyat akhir

Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang
 jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi. 

Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:

1) Mengangkat tangan ketika takbir
2)Membaca doa Iftitah

3) Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat 
semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang 
disunatkan menguatkan bacaannya.
4) Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
5) Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
6) Membaca takbir ketika ruku' dan bacaan semasa iktidal.
7) Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
8) Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
9) Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
10) Memberi salam yang kedua.

So...aku rasa kita perlu berkongsi.  Pada yang dah tahu...alhamdulillah. 
Aku yakin kita semua tahu sujud sahwi, cuma tidak tahu istilah 
sunat yang diberi.   Alhamdulillah hari ini kita tahu.


2 comments:

nikiysa said...

oooo br aku tau..mekasih kakema..

NIA IRESSA said...

aku pun baru tau....

Post a Comment

by Nia Iressa. Powered by Blogger.
Nia Iressa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis